Selamat Datang Ke Blog Tomyam Ais...Jangan Lupe 'Like' dan 'Share'

Jangan Lupe 'Like'

Friday 13 January 2012

Upside-Down House



Binaan The Upside-Down House memang menjadi tumpuan dunia kerana keunikan dan ketelitian pada setiap inci ruang.

Terletak di perkampungan kecil Szymbark, Poland, rumah terbalik itu dibina ahli perniagaan dan dermawan negara berkenaan, Daniel Czapiewski.

Biar pun binaan seperti itu adalah pemandangan biasa di Poland, namun The Upside-Down House mempunyai keunikan tersendiri.



Ia mengambil tempoh 114 hari untuk disiapkan dan lebih menambahkan keunikan apabila berlaku kekeliruan di kalangan pekerja binaan kediaman itu khususnya sudut dinding.

Bagaimanapun syarikat Czapiewski biasanya hanya mengambil tempoh tiga minggu untuk menyiapkan kediaman seperti itu.


Namun The Upside-Down House memerlukan perincian dan ketelitian sepenuh untuk menampilkan sudut pelik pada dinding.

Anda juga tidak perlu risau dengan keadaan kediaman itu yang benar-benar kelihatan terbalik kerana Czapiewski tetap memperincikan pelbagai aspek sebelum membinanya.

Malah pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman berbeza sebaik melangkah masuk ke dalam kediaman berkenaan.

Ini kerana reka letak perabot dan aksesori hiasan juga diletakkan secara terbalik bagi memberikan kesinambungan pada bahagian luar kediaman itu.

Tidak hairanlah ada yang sanggup berada di dalam kediaman itu berjam-jam lamanya.

Lantaran terlalu terpegun dengan keunikan reka letak hiasan dalamannya selain kesinambungan ruang dalam keadaan terbaik.

Di samping itu ada juga pengunjung yang mengadu pening kerana tidak biasa dengan keadaan ruang sebegitu.

Sementara di bahagian luar menjadi tumpuan ramai saban waktu kerana dari jauh kelihatan idea yang cuba dizahirkanCzapiewski itu.

Dikatakan The Upside-Down House menerima ribuan pengunjung saban waktu dan ada yang menjadikannya bahan kajian.

Pembinaan luar biasa itulah yang meletakkan Czapiewski dalam senarai Guinness World Records.

Czapiewski berkata dia tidak mencipta rekaan kediaman itu terbalik semata-mata untuk kelihatan pelik.

Rejim komunis yang sudah berakhir menginspirasikan idea kepada Czapiewski yang terus melihat pelbagai permasalahan di kalangan manusia di sekitarnya.

Akhirnya dia membina sebuah kediaman tradisional Poland di atas bumbung untuk meluahkan kekeliruan itu kepada dunia.




No comments:

Post a Comment