Selamat Datang Ke Blog Tomyam Ais...Jangan Lupe 'Like' dan 'Share'

Jangan Lupe 'Like'

Monday 16 January 2012

Tips Untuk Menguasai Matematik/Matematik Tambahan

Macam dengan Matematik jugalah. Matematik tambahan jika tanya kepada orang pandai mesti jawab kena buat banyak latihan. Jawapan itu memang bukan saja-saja je diorang cakap. Matematik tambahan ini ada tajuk yang sama dengan matematik dan ada jugak yang sama dengan Fizik. Jadi, ada bab yang mesti boleh buat sebab sama dengan subjek lain.Betol tak?

Kalau tak mahu buang masa, ambil soalan Matematik tambahan Kertas 1 dan Kertas 2 peperiksaan seperti SPM tahun-tahun lepas. Sebab yang akan keluar nanti soalan yang sama tetapi angka yang berbeza.Kalau anda tak buat memang rugi.

Apa yang penting adalah ambil soalan yang tak tahu dan tanya kepada sesiapa saja cara nak dapat jawapan. Matematik tambahan kalau baca jawapan saja tak cukup, kena cuba jawab. Lepas korang baca cuba korang jawab gerenti nanti korang mesti lupa. Oleh itu, bacalah jawapan pastu cuba buat tanpa tengok jawapan.Insyaallah boleh buat nanti. Belum Cuba Belum tahu...

Jadi marilah kita tengok tips2 untuk menguasai Matematik.
Apa yang anda perlu buat untuk menguasai Matematik Tambahan adalah:-
1.       Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai

2.       Kena Buat Banyak Latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud nye, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya).Hanya dengan latihan barulah kita boleh menguasai matematik ini.

3.       Kena Disiplin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba capai masa tersebut.Lagi cepat lagi bagus supaya nanti ada masa untuk 'check' semula jawapan tersebut.Cepat2 jugak,jangan salah.Nanti hilang markah.

4.       Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR!. Ada pelajar tingkatan lima yang diuju dengan sifir 7 pun tidak lepas. Jangan jadikan Kalkulator itu sebagai alasan untuk tidak mengambil peduli kepada sifir. Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada kalkulator, daya pemikiran kita akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak kita.Cuba 'test' pelajar yang pandai matematik,mesti diorang pandai sifir.Jadi,JANGAN BERHARAP PADA KALKULATOR SAHAJA!

5.       Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila kita minat dan mula menguasai. Kita akan puas hati dan berasa gembira apabila berjaya selesai sesuatu masalah.

Jangan lupa baca Al-Quran dan berdoa, mudahan kita semua berjaya cemerlang dalam peperiksaan tahun ini.

No comments:

Post a Comment