Selamat Datang Ke Blog Tomyam Ais...Jangan Lupe 'Like' dan 'Share'

Jangan Lupe 'Like'

Friday, 13 January 2012

Cara Bijak Untuk Kekal Sihat

Jadikan ia sebagai komitmen. Kekal sihat dan cergas adalah untuk selamanya bukan untuk tempoh seminggu atau sebulan.


Pastikan tabiat pemakanan dan senaman sebagai rutin harian dan jangan hangat-hangat tahi ayam.


Sediakan buku diet harian untuk mengawal pengambilan makanan anda.


Bijak menyeimbangkan corak pemakanan harian dan jika anda menyukai ais krim, jangan sekat keinginan tetapi pastikan kuantiti kalori tidak melebihi jumlah sepatutnya.


Jangan terlalu memaksa diri untuk kurus. Jika lemak pada badan anda terlalu degil, jangan putus asa. Fokus pada jenis diet dan senaman bersesuaian, cuba lagi.


Sentiasa jadikan kejayaan sebagai ganjaran untuk memotivasikan diri.